Kes Pembunuhan Norrita - Satu Kronologi


Blog For Free!


Archives
Home
2004 June

My Links
Linda Onn Fan Club Website
Nina Personal Website

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images

Sponsored
Create a Blog!



Kes Pembunuhan Norrita - Satu Kronologi
06.10.04 (7:39 pm)   [edit]
Ada request yang meminta saya untuk menceritakan mengenai case Norrita Samsuddin. Maaf kerana bahasa saya mungkin tidak berapa baik. Saya hanya seorang mathematician. Untuk comment dari aspect undang-undang mungkin tidak berapa relevant kerana saya bukan dari legal background. Saya hanya ingin berkongsi pendapat mengenai case ini. Pada saya, case ini banyak speculations dan menarik minat saya selepas case Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1999. Juga menjadi topic paling [i]active[/i] di web forum dan message board i.e. forum cari.com, portal rojak.org, telatah.com, etc. Saya dapat lihat case Norrita Samsuddin juga menjadi issue di mass media dan menjadi headline di surat khabar hingga kan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Abdullah Mohd Zain menegur supaya cerita cerita ini tidak menjadi bahan [i]gossip[/i] masyarakat. Sekretariat Pelajar Kewartawanan Muslim (SEPKOM), USM juga ada membuat saranan – perkara 5.

Perkara 5 - Pihak mahkamah isytiharkan bahawa setiap kes rogol dan yang seangkatan makna dengannya dibawa kepada mahkamah tertutup. Hal ini bermakna, kes-kes rogol melibatkan orang yang telah meninggal dunia dan yang masih hidup tidak diberikan liputan meluas. Kes-kes selain dari itu seperti kes bunuh, jenayah rasuah, rompakan dan lain-lain adalah di bawah mahkamah terbuka.

Persoalan nya, selepas 5 December 2003 kita baca surat khabar dengan headline [b]“Women murdered in luxury condo” [/b](NST, 5 Dec 2003), [b]"Model dirogol, dibunuh - Ditemui dalam keadaan bogel dengan leher dijerut, tangan, kaki diikat"[/b] (Utusan Malaysia, 5 Dec 2003) menimbulkan banyak speculations pada masyarakat. Ya, saya setuju... kita perlu hormat pada yang telah mati, tetapi adakah masyarakat tidak boleh membincangkan case ini? Banyak speculations, banyak soalan - mati di dalam keadaan naked? Age 22 tinggal di elite residential area, Puncak Prima Condominium, Taman Seri Hartamas?



Pada saya, tidak salah untuk kita membincangkan case ini tetapi mungkin mass media yang [i]over[/i] untuk mendapatkan public attention. Sebagai contoh, headline The Star pada 11 December 2003 [b]"Norrita was not only raped she was sodomised"[/b] (The Star, 11 December 2003). Menjadi issue apabila Malay Mail juga 'mempersoalkan' term yang digunakan.



[b]Malay Mail, 12 December 2003: The Norrita Samsudin Murder - What Sodomy?[/b]
Police have yet to receive the post-mortem report on murdered company executive Noritta Samsudin... Brickfields police deputy chief superintendent Mohd Kuzi Minai said he was unable to confirm or deny a report that Noritta was raped and sodomised by her killer in the incident between midnight and 4am.

"Even the police have yet to receive the post-mortem report. I do not know where they got the information from," said Mohd Kuzi, commenting on a report by The Star yesterday.


Tujuan saya menulis article ini bukan untuk menceritakan keburukan mangsa. Ada kawan kawan yang request kerana ada antara mereka yang tidak tahu cerita dari mula Norrita Samsuddin di temui mati pada 5 December 2003. Saya juga tidak akan memberi comment mengenai court proceeding yang sedang berjalan.

Norrita Samsuddin di temui mati di unit No. D71, Kondominum Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur oleh rakan serumahnya, Nor Azora Hamid pada pukul 4am Jumaat, 5 December 2003. Dia dipercayai dibunuh di antara pukul 12.30pm hingga 4am. Mayat nya di bawa ke rumah keluarga nya di Kampung Surau, Utan Aji, Perlis. Pada 7 December 2003, police menahan Nor Azora Hamid, 25 dan teman lelakinya Kenneth Michael Yap Teik Huat, 38 untuk membantu siasatan. Setakat 7 December, police hanya mengambil keterangan beberapa orang saksi termasuk pengawal keselamatan di Kondominium itu dan masih menunggu seorang anak Datuk dipercayai boleh membantu siasatan police.

[b]Berita Harian, 6 December 2003: Misteri anak Datuk[/b]
KUALA LUMPUR: Seorang anak Datuk dipercayai boleh membantu polis menyiasat kes rogol dan bunuh eksekutif pemasaran, Noritta Samsuddin, 22, yang mayatnya ditemui di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, di sini, awal pagi semalam. Lelaki berketurunan India Muslim itu dilihat keluar dari rumah sewa wanita itu oleh rakan mangsa yang kebetulan pulang ketika itu.





8 December 2004, broker pasaran mata wang (Forex), Shahfrul Azrin Azman, 32 ditangkap di Pejabat Amanah Butler Malaysia Sdn. Bhd., Bangunan Amanah Capital, Jalan Raja Chula dan Lim Sin Kean, 36 ditangkap di Tivoli Villa, Kuala Lumpur. Hanif Basree Abdul Rahman, 36 di tahan semasa menyerah diri kepada police di Pejabat Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields. Surat rahsia?

[b]Berita Harian, 8 December 2003: Rahsia Surat[/b]
KUALA LUMPUR: Surat ugutan bunuh yang dikatakan dihantar kepada Noritta Samsuddin, boleh menjadi petunjuk siapa bertanggungjawab membunuh gadis berusia 22 tahun itu. Surat itu antara bukti penting mengenai pembunuhan Noritta tetapi setakat ini tiada siapa yang tahu di mana surat berkenaan berada.


9 December, keterangan keluarga Norrita diambil. 2 lagi suspects Khairul Anuar Kamarudin, 22, dan Suhaimi Sanusi, 37 dan Mikko Kouko Johannes Jarva (warganegara Finland) ditangkap dan menjalani ujian DNA. 15 December 2003, [b]"Polis sifatkan kes Noritta selesai" [/b](Utusan Malaysia, 16 December 2003).

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Polis menyifatkan kes pembunuhan peragawati sambilan, Noritta Samsudin, 22, telah selesai berikutan penangkapan lapan suspek termasuk dua yang dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu. Hasil ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA) mendapati dua daripada suspek tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.

Menurut sumber itu lagi, berdasarkan keputusan DNA tersebut, polis bagaimanapun masih keliru termasuk persoalan bagaimana mangsa dibunuh oleh dua lelaki pada masa yang sama.

"Keputusan DNA itu menyebabkan polis membuat beberapa andaian seperti sama ada kedua-dua suspek yang positif terlibat dalam pembunuhan tersebut atau hanya salah seorang yang mempunyai kaitan."

"Polis juga akan menyiasat kemungkinan mangsa telah mengadakan hubungan seks dengan suspek pertama terlebih dahulu sebelum suspek kedua datang ke rumah mangsa selepas itu," jelasnya.


16 December 2004, "[b]Kes Noritta: Suspek didakwa minggu ini" [/b](Utusan Malaysia, 17 December 2003)

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Polis akan menghadapkan seorang suspek yang disyaki membunuh peragawati sambilan, Noritta Samsudin, 22, ke mahkamah minggu ini.

"Kita yakin suspek yang terbabit membunuh Noritta akan dituduh di mahkamah dalam minggu ini juga berdasarkan bukti-bukti yang ada termasuk keputusan Asid Deoksiribonukliek (DNA) yang telah diperoleh," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, menurut satu sumber, laporan DNA yang diperoleh petang semalam menjadi bukti kukuh untuk polis menuduh salah seorang daripada lapan suspek yang disyaki bertanggungjawab dalam kes tersebut.

"Keputusan DNA menunjukkan ada dua lelaki melakukan hubungan seks dengan Noritta dan salah seorang daripada mereka adalah suspek yang ditahan."

"Seorang lagi lelaki yang melakukan hubungan seks dengan Noritta tidak jelas, kita kena tunggu bukti sokongan lain," jelasnya.


Sehingga 18 December 2003, Khairul Anuar Kamarudin, Suhaimi Sanusi, Mikko Kouko Johannes Jarva, Nor Azora Hamid dan Kenneth Michael Yap Yeik Huat dibebaskan. Pada 22 Decenber 2003, Hanif Basree Abdul Rahman di hadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh dan case dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Case perbicaraan Hanif Basree bermula pada 5 May 2004 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati. Sehingga 8 June 2004, perbicaraan masuk hari ke 22 dan 31 orang saksi pendakwa telah memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Embong. Perbicaraan disambung Selasa minggu depan. Saya akan cuba update dan memberi comment di dalam weblog ini.

Personally, saya turut simpati kepada keluarga Norrita Samsuddin.



[b]Berita Harian, 25th May 2004: Bapa Mengangis di kebun[/b]
"Saya lebih suka membaca laporan akhbar mengenai kes Norrita di kebun saya kerana suasana di sana sunyi dan menyegarkan. "Yang penting, di situ saya boleh menangis sepuas-puasnya"

[b]Berita Harian, 30th May 2004: Luahan hati ibu bapa Norrita[/b]
"Noritta sudah tiada! Dia tidak akan bangun semula untuk mempertahankan dirinya. Yang tahu siapa pembunuhnya hanya Allah, Noritta dan pembunuhnya. Biarlah kebenaran ditentukan mahkamah. Janganlah mengada- adakan cerita." Begitulah rayuan ibu Noritta Samsuddin, Nurlaila Bahari, 46, yang berasa kecewa dan sedih terhadap laporan sebuah akhbar tabloid yang mendakwa arwah anaknya menjadi hantu kerana mayatnya tidak diterima bumi.


Ada yang mengambil kesempatan case ini i.e. gambar gambar di Internet, VCD Norrita, cerita hantu Norrita, etc.

[b]Berita Harian, 10th April 2004: VCD, SMS Norrita[/b]
ALOR STAR: Nama Norrita Samsuddin terus digunakan pihak tidak bertanggungjawab, termasuk sindiket video cakera padat (VCD) lucah untuk melariskan VCD lucah jualan mereka. Sindiket berkenaan mendakwa kononnya VCD itu dirakam di kondominium yang disewa Noritta di Sri Hartamas, Kuala Lumpur beberapa hari sebelum pembunuhannya sekali gus menaikkan harga jualan VCD berkenaan.


 


posted by: nur (reply)
post date: 06.10.04 (11:40 pm)

lawa norrita ni.. tapi sayang lah..jadi camni.. ish ish



posted by: Siti (reply)
post date: 07.10.04 (7:13 pm)

i agree that the case should not be exploited... people forget the most basic of law, that is "one is not guilty until found or proven guilty".

Norrita died in a horrific way... I believe that she and her family should at least be allowed to rest in peace



posted by: haziqimi (reply)
post date: 07.15.04 (5:01 pm)

Awak rasa betul ke si Haniff tak bunuh noritta? apa pandangan awak?



posted by: newbie (reply)
post date: 07.19.04 (11:08 am)

please anybody who had kak noraidah phone number send it to mother 3992000@yahoo.com



posted by: newbie (reply)
post date: 07.19.04 (11:09 am)

lawa tapi kalau perangai tak senonoh buat apa



posted by: mine (reply)
post date: 07.22.04 (9:06 pm)

nak gambar2 norrita



posted by: Vida (reply)
post date: 02.15.05 (10:37 pm)

Ikut, ikut gak kisah ni, Tapi kita jangan lupa pulak nak muhasabah diri. Hari ni kita sedar, esok lusa belum tentu lagi. Ini nasihat untuk aku. hati kita ni, bila-bila pun Allah boleh terbalikkan dia.



posted by: newbie (reply)
post date: 06.28.05 (3:13 pm)

i salute norrita, ratu gang bang malaysia!lepas ni sape lagi berani buat mcm dia?



posted by: firasat (reply)
post date: 07.02.05 (8:21 am)

noritta as a pretty lady...case di tutup begitu shj kerana sebenarnya terlibat dgn golongan VVIP. kematian nya menhjadi tanda tanya..berapa RM yang haniff dapat dr org kenamaan tu ? pls check properly..tak nafikan norrita anak yg bagus utk kluarga tp bukan dikalangan bf2 part time dia...



posted by: nsib (reply)
post date: 10.31.05 (1:38 pm)

sebenar nya norita pernah bercinta ngan saayaa





posted by: insan biase (reply)
post date: 01.30.06 (7:48 pm)

ape-apepun hanif dah bebas selepas didapati tidak bersalah but the real murder is still free out there somewhere... polis sepatutnya mencari dan menghukum pembunuh tersebut, no matter dia seorang VVIP or whatever..




posted by: Man (reply)
post date: 03.20.06 (9:35 pm)

Ko pung cantik gak nur...tapi saya aku dah kawin...aini69


Your Name:


Your Comment: